Bedak asas merupakan asas utama solekan sebelum dirias cantik dengan pemerah pipi dan pembayang mata yang menarik. Ia bukan sahaja menyempurnakan solekan tetapi menjadikan wajah lebih berbeza dan solekan mampu bertahan lama.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian saat anda memilih bedak asas. Jangan hanya membeli kerana anda sukakan warnanya tetapi fikirkan tentang pulangan yang bakal anda dapat.
Sama seperti bedak, bedak asas juga mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri. Sebelum mengenakan bedak asas, ketahui jenis kulit terlebih dahulu kemudian sesuaikannya dengan bedak asas yang anda pilih. Kesesuaian ini penting bagi memastikan bedak asas yang dipakai bukan sahaja serasi dengan kulit malah bertahan lama.
V2 COSMETICS menawarkan bedak asas jenis krim iaitu "V2 SILVER MAKE-UP FOUNDATION" kerana ia tidak melekit dan mengelakkan rasa berminyak untuk disesuaikan dengan semua jenis kulit.

Diantara ciri-cirinya ialah :-
1) Ia bertindak melindungi kulit wajah serta menyempurnakan lagi solekan dari sebarang cela seperti jerawat, bintik-bintik hitam, dan kedutan.
2) Ia juga berupaya mengekalkan solekan diwajah dalam tempoh tertentu kerana dengan adanya ekstrak aloe vera.
3) Ia perlu disapu dengan sekata agar solekan tidak kelihatan seperti berbelak-belak.
4) Ia tidak melekit dan mengelakkan rasa berminyak.
5) Ia lebih pekat namun mudah dipakai serta mudah rata pada kulit.
6) Disebabkan sifatnya yang mudah kering, penyapuannya haruslah dibuat lebih menyeluruh kerana ia mudah diserap terus oleh kulit wajah.
7) Bedak asas V2 ini berpigment kekuningan adalah yang paling sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia mampu menstabilkan warna alat solek dan nampak sebati dengan kulit.
8) Pilihlah bedak asas V2 yang sewarna dengan warna kulit untuk mengelakkan ia kelihatan bercapuk dan seperti topeng di wajah anda. Jika tidak berhati-hati, wajah akan kelihatan 'terlebih' putih dan menjadi tidak asli.
9) Ditawarkan dalam 3 pilihan kod warna : 04, 05 dan 06
Harga seunit : RM49.90

Code 04 : Untuk Kulit Cerah

Code 05 : Untuk Kulit Sederhana Cerah

Code 06 : Untuk Kulit Gelap